Sabtu, 14 Februari 2009

Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas

Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut,


"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. "


Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:


Pendidikan Masalah Penglihatan

1926

Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka

1931

SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang

1948

Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

1953

Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)

1958

Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)

1962

Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,
diperkenalkan

1963

Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan

1977

Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras

1978

Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu

1983

Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh

1984

Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille


Pendidikan Masalah Pendengaran

1954

Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang

1954

Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang

1963

Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah
rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras

1978

Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan

1979

Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan

1985

Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal

1987

Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam


Program Percantuman/Inklusif

1962

Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
dimulakan

1988

Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran

1993

Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala
Lumpur

1994

Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara

1995

Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

Kategori dan Ciri-Ciri Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran

Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang dikenal pasti dan disahkan oleh pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Ianya berlaku kesan daripada masalah Neurologi. Kanak-kanak ini mengalami kerosakan otak yang sedikit yang tidak dapat dikesan daripada 2 aspek iaitu gangguan kognitif dan gangguan motor.

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran terdiri daripada kanak-kanak Sindrom Down, Autisme, Disleksia, Hyperaktif (ADHD), Gangguan Emosi, Terencat akal, Cerebral Palsy dan Pintar Cerdas.

Sindrom Down disebabkan oleh kromosom yang abnormal dan ini adalah punca terencat akal. Mempunyai 47 kromosom iaitu lebih 1 kromosom daripada individu normal.

Antara punca-punca Sindrom Down ialah Ibu yang melahirkan berumur 35 tahun ke atas. Faktor genetik juga menyumbang kepada Sindrom Down. Pemakanan ibu semasa mengandung sedikit memberi kesan.

Kanak-kanak Sindrom Down boleh dikenalpasti sejak dilahirkan. Antara ciri-ciri Sindrom Down ialah mempunyai wajah yang hampir sama, kulit berlipat dibahagian mata, muka leper, lidah tebal, jari jemari gemuk dan pendek serta leher pendek dan besar.

Kanak-kanak Sindrom Down tidak dapat bertutur dengan jelas kerana keadaan lidah yang tebal dan pendek. Mengalami masalah perkembangan bertutur lebih lambat daripada perkembangan kognitif.

HIPERAKTIF (ADHD)

kanak-kanak ini biasanya aktif dan mempunyai daya tumpuan yang singkat. mereka dapat di kesan daripada simptom berikut :

a) Tidak memberi tumpuan

i- gagal menyiapkan tugasan

ii- tidak mengikut arahan

iii- sukar menumpukan perhatian pada satu-satu aktiviti

b) Impulsif

i- bertindak tanpa berfikir

ii- sukar mengendali satu-satu aktiviti

iii- perlu beri perhatian yang lebih

iv- sukar menunggu giliran

c) hiperaktif

i- berlari ataupun memanjat sebarang objek

ii- sukar duduk di suatu tempat dengan tenang

iii- sentiasa aktif sepanjang masa

TERENCAT AKAL

Terencat akal ialah kanak-kanak yang mengalami perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan sosial. biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah yang minima tidak dapat dikesan sejak kecil. terdapat tanda-tanda awal yang dapat digunakan bagi mengesan kanak-kanak ini. Cara yang biasa digunakan adalah kaedah klinikal dan ujian IQ (intelligence quotient).

Berdasarkan ujian IQ, kanak-kanak terencat akal dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, terencat akal :

1. Ringan - skor IQ 50 hingga 75

2. Sederhana - skor IQ 30 hingga 50

3. Teruk - skor IQ 30 ke bawah

1 ulasan:

  1. salam..maaf saya nak tahu camana saya nak dapatkan sumber penuh mengenai sejarah perkembangan pendidikan khas ni.tema kasih

    BalasPadam