Sumbing Bibir dan Rabit Lelangit(Cleft Palate)
Sumbing bibir (Cleft lip) boleh berlaku tanpa atau berserta rabit lelangit (cleft palate) sekali. rabit lelangit kadang kala lambat dikenal pasti jika mulut bayi tidak diperiksa denganteliti. Keadaan ini biasanya hanya disedari dan dikenal pasti sewaktu penyusuan apabila susu kerap mengalir keluar daripada lubang hidung bayi.
Punca sumbing bibir dan rabit lelangit
Kejadian bayi yang dilahirkan:-
sumbing sering dikaitkan dengan berbagai -bagai pengalaman yang dilalui oleh si ibu sepanjang tempoh kehamilannya. Ada yang mengatakan bahawa keadaan ini akibat daripada ‘kenan’ Umpamanya, kerana arnab pernah melompat di hadapan si isteri sewaktu dia mengandung !! Tidak kurang pula yang mendakwa ini sebagai pembalasan terhadap sesuatu dosa yang pernah dilakukan oleh pasangan suami isteri berkenaan. Berbagai -bagai lagi kepercayaan yang pelik -pelik dikemukakan. Tetapi, hakikatnya sumbing bibir dan rabit lelangit berlaku dalam setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau kedudukan.
Adalah tidak jelas punca berlakunya kes -kes sumbing bibir dan rabit lelangit. Walau bagaimanapun, ahli sains bersependapat bahawa kejadian ini berlaku akibat interaksi baka dengan persekitaran pada peringkat awal kehamilan. Adakalanya, keadaan ini boleh dikaitkan dengan gangguan kromosom (ciri -ciri warisan yang terdapat di dalam setiap sel manusia) seperti sindrom patau. Dalam keadaan ini, sering juga terdapat lain -lain kecacatan seperti sakit jantung, kelainan pada organ -organ serta tulang tangan atau kaki dan bayi dilahirkan terlalu ringan.
Unsur -unsur jangkitan seperti virus rubella boleh menyebabkan bayi dilahirkan dengan kecacatan –kecacatan diatas. Ubat -ubat tertentu seperti yang digunakan untuk mencegah sawan boleh menyebabkan berlakunya sumbing bibir dan rabit lelangit jika diambil pada peringkat awal kehamilan.
Proses pembentukan bibir dan lelangit pada peringkat janin berlaku pada minggu keenam gestasi. Lazimnya, bibir dan lelangit terbentuk sempurna pada usia janin 12 minggu. Oleh itu, unsur -unsur seperti virus rubella dan ubat -ubat yang dikatakan 'teratogenik' jika dimakan oleh wanita pada peringkat awal kehamilan boleh menyebabkan bayi dilahirkan sumbing atau rabit lelangitnya
Kes 1:
Saya pernah bertemu seorang yang baru sahaja melahirkan seorang bayi sumbing.
Beliau mendakwa bahawa kejadian ini mungkin disebabkan oleh sejenis ubat yang diberikan oleh doktor bagi mengubat penyakit jangkitan kencingnya sewaktu kandungannya berusia 20 minggu. Tetapi, saya telah menegaskan kepadanya bahawa oleh kerana lelangit dan bibir sudah sempurna dibentuk sebelum usia janin 20 minggu, tidak mungkin ubat yang diambilnya ada kaitan dengan kejadian sumbing bibir.
Kebanyakan kes sumbing bibir dan rabit lelangit tidak dapat diramalkan tetapi setiap wanita yang mengandung perlulah mengelak daripada mengambil unsur -unsur yang boleh mengakibatkan keadaan -keadaan ini seperti mendapatkan pelalian sebelum memakan ubat -ubat yang dianggap' teratogenik. Jika boleh, kurangkanlah dos atau berhentikan langsung pengambilan ubat mencegah sawan sewaktu mengandung. Di negara -negara Barat, ibu ibu yang mengandung tidak digalakkan meminum alkohol kerana ini boleh mengakibatkan bayi yang dilahirkan cacat.
Sumbing bibir boleh berlaku bersama -sama rabit lelangit. Setiap bayi yang dilahirkan sumbing atau rabit lelangit perlu diperiksa dengan teliti oleh doktor untuk memastikan bahawa dia tidak mempunyai sebarang kelainan seperti jantung berlubang, katarak mata, pekak, kelainan tulang dan kaki dan lain -lain. Bagi kebanyakan kes seperti ini, kecacatan-kecacatan lain biasanya tidak wujud.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana terharu dan hibanya perasaan ibu dan bapa apabila menatap wajah bayi mereka yang dilahirkan cacat. Mereka tentu berasa sedih mengenangkan wajah anak seperti yang mereka harap -harapkan. Oleh itu, seseorang doktor perlu memberikan penjelasan yang tepat dan berhati -hati supaya ibu bapa yang berkenaan ini dengan tenang dan sentiasa bersabar sambil mengharapkan bayi mereka boleh dirawat dengan sempurna.
Rawatan
Lazimnya, doktor bedah akan membetulkan bibir sumbing dalam lingkungan usia tiga bulan dan akn melakukan pembedahan rekonstruktif terhadap rabit lelangit apabila bayi meningkat usia sembilan bulan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat di antara pakar -pakar bedah tentang masa yang paling sesuaiuntuk melakukan pembedahan, dalam keadaan -keadaan tertentu seperti sindrom pierre robin misalnya, pembedahan rekonstuktif ke atas rabit lelangit mungkin dilakukan lebih lewat daripada itu. Dalam keadaan ini, bahagian dagu sianak terbentuk terlalau kecilsehingga kerap menyekat saluran pernafasannya. Dia juga mengalami masalah sukar untuk bernafas dan sukar menyusu. Keadaan ini sering memerlukan rawatan intensif dari peringkat awal kelahiran bayi.
Sumbing bibir boleh menimbulkan berbagai -bagai masalah sosial dan emosi pada kanak -kanak yang terlibat. Kurang keyakinan diri, rasa rendah diri dan merasakan dirinya hodoh boleh menjejaskan perkembangan sosial dan inteleknya. Oleh itu, doktor menyarankan supaya sumbing bibir diperbetulkan dari peringkat bayi lagi. Rabit lelangit sering merumitkan penyusuan bayi. Susu atau bahan -bahan makanan sering keluar daripada hidung.
Penggunaan sudu akan lebih memudahkan penyusuan. Adakalanya (orthodontist) boleh membuatkan satu acuan (dental plate) yang dipasang pada gusi dan lelangit si abyi. Acuan ini akan
menghadag susu dari mulut masuk ke bahagian hidung si bayi. Tanpa pembedahan rekonstruktif, rabit lelangit boleh merosakkan pertuturan si anak itu.
Pertuturan si anak lazimnya akan kedengaran sengau. Rabit lelangit juga menjejaskan fungsi tiub eustachio yang menghubungkan bahagian mulut dengan bahagian telinga. Akibatnya, cecair mudah bertakung di belakang dinding telinganya. Ini akan menjejaskan pendengarannya. Dia perlu dirawat dengan ubat -ubat tertentu atau melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair tersebut.
Rawatan untuk kanak -kanak yang menpunyai rabit lelangit bukan hanya melibatkan pembedahan rekonstuktif sahaja. Pakar -pakar lain seprti pediatrik, doktor gigi, juru pulih perttutran serta pakar -pakar hidung, telinga dan tekak juga terlibat dalam rawatan dan
latihan bagi kanak -kanak yang mengalami rabit lelangit.
Pakar kanak -kanak khususnya perlulah menjalankan penilaian yang menyeluruh supaya kecacatan -kecacatan lain, jika ada, dapat dikesan. Daripada penilaian ini, dapatlah program -program yang komprehensif dijalankan bagi kanak -kanak ini. Khidmat pakar gigi juga penting dalam melatih kanak -kanak itu bercakap tanpa nada sengau. Pakar telinga, hidung dan tekak pula adakalanya perlu memberi rawatan kepada anak -anak ini jika pendengaran mereka kurang baik akibat takungan cecair pekat dalam dinding telinga.
Dalam satu projek penyelidikan yang dijalankan di kawasan sentul, saya bertemu seorang kanak -kanak berusia sembilan tahun yang sumbing dan rabit lelangit. Percakapannya tidak jelas dan sengau. Prestasinya di sekolah amat mendukacitakan. Pendengarannya juga lemah. Si ayah tidak mendapatkan rawatan doktor untuknya kerana khuatir pembedahan akan membawa kesan yang tidak di ingini ke atas anaknya. Sepatutnya, dia tidak perlu berasa bimbang kerana anaknya boleh dirawat dibawah penyeliaan doktor -doktor pakar. Masalah -masalah pertuturan, pembelajaran, perasaan rendah diri, kurang keyakinan diri dan masalah pendengaran boleh dikurangkan atau dielakkan sama sekali.
Bolehkah perkara ini berlaku sekali lagi ?
Pakar kaunseling genetik boleh mengkaji pokok sesuatu keluarga (pedigree) yang mempunyai anak yang sumbing atau rabit lelangit dan dari kajian ini, dapatlah ditentukan sama ada keluarga berkenaan mempunyai potensi untuk mendapat bayi yang mengalami cacat yang sedemikian di masa -masa akan datang. Jikalau keluargan tersebut tidak mempunyai saudara mara terdekat yang sumbing atau rabit lelangit, risiko untuk si ibu melahirkan bayi dengan kecacatan yang sama adalah rendah. Rabit lelangit yang disebabkan oleh penyakit jangkitan pada peringkat awal kandungan seperti rubela tidak mungkin berulang lagi. Ini kerana wanita yang telah mendapat penyakit rubela akan menjadi imun atau terlindung daripada penyakit ini.
Salam lebaran
16 tahun yang lalu
Kalau saya da berumur 21, adakah saya berpeluang normal mcm orang lain
BalasPadamKalau saya da berumur 21, adakah saya berpeluang normal mcm orang lain
BalasPadam