Isnin, 23 Februari 2009

Laporan Blog (sila edit font dan Lampiran)

LAPORAN PROSES PERLAKSANAAN BLOG PENDIDIKAN KHAS
http://kplijulai08intake.blogspot.com









Pengenalan Program Pendidikan Khas di Malaysia

Pengenalan Pendidikan Khas

Perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga Kementerian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah:

cacat fizikal teruk,
rencatan akal sederhana dan teruk,
pelbagai kecacatan dan
kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, dan murid pemulihan khas.

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:

Sindrom Down
Autisme ringan
Attention Deficit Hyperactivity Disorder
Terencat akal minimum, dan
Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia)

Pendidikan yang diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid-murid ini boleh mendapat pendidikan ke peringkat yang tertinggi bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari.


Dasar Pendidikan Khas

Program yang dijalankan berlandaskan kepada dasar-dasar berikut:

Akta Pendidikan 1996, Bab 8.
Akta Pendidikan (Pindaan) 2002.
Peraturan -Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.
Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pelajaran Malaysia [Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas].
Deklarasi Antarabangsa:
United Nations' World Programme of Action Concerning Disabled Persons (1983).
The World's Declaration on Education for All (1990).
The United Nations' Standard Rules on the Equalisation of Opportunities for Person With Disablilities (1993).
The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994.
Biwako Millennium Framework for Action Towards an Inclusive Barrier-Free and Rights-Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2002).



Program Pendidikan Khas

Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:

Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran dan pembelajaran (menengah).


Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Program Sekolah Pendidikan Khas ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Khas manakala Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pemulihan Khas ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Program Pendidikan Khas Integrasi Teknik dan Vokasional pula ditadbirkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya. ( http://www.emoe.gon.my)

Pengenalan Blog Pendidikan Khas

Tugasan Projek membina Blog Pendidikan Khas ini telah dipertanggungjawabkan kepada pelajar kursus KPLI-SR Pendidikan Khas (Masalah Pembejalaran) Ambilan Julai 2008 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Malaysia sebagai projek kerja kursus berasaskan ilmu pengajian pendidikan khas KPLI-SR semester satu.

Blog ini mengandungi maklumat-maklumat tentang Pendidikan Khas dan capaian(link) yang dapat menghubungkan pelayar blog dengan rangkaian perkhidmatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Setiap pelayar blog dapat mencapai(access) rangkaian-rangkaan yang disediakan untuk mendapat maklumat tentang pendidikan khas.

Antara maklumat-maklumat yang dimasukkan ke dalam blog ini adalah maklumat pendidikan khas seperti Konsep Pendidikan Khas, Sejarah, Kategori dan Ciri-ciri Kanak-Kanak Berkeperluan Khas, Stuktur Organisasi Pendidikan Khas peringkat kebangsaan, negeri dan sekolah serta capaian(link) perkhidmatan yang bersesuaian dengan kanak-kanak khas tang boleh dicapai(access) oleh pelayar blog.

Segala maklumat dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini tentang pergerakkan dan aktiviti pelajar kursus KPLI-SR Pendidikan Khas (Masalah Pembejalaran) Ambilan Julai 2008 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Malaysia yang berkaitan dengan pendidikan khas. Maklumat di dalam blog ini juga akan sentiasa boleh dikemaskini walaupun selepas tamat pengajian.




Proses Perlaksanaan Blog Pendidikan Khas

SEBELUM

Setelah mendapat tugasan ini, semua pelajar kursus KPLI-SR Pendidikan Khas (Masalah Pembejalaran) Ambilan Julai 2008 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Malaysia telah membuat perjumpaan kali pertama untuk membincangkan tentang pembahagian tugas dan tarikh pertama mensyuarat.

Setelah semua ahli jawatankuasa telah dilantik dan perincian tugas telah dipersetujui, semua ahli jawatankuasa telah menjalankan tugas masing-masing.


SEMASA

Blog tersebut telah dibangunkan pada tarikh 10/08/2008. Sebanyak 2 ’post’ telah dikeluarkan pada bulan tersebut oleh pembangun blog. Kemudian sebanyak 2 ’post’ juga dikeluarkan(publish) pada bulan selepas itu.

Namun mungkin disebabkan masalah daripada ‘service provider’ yang menyebabkan blog tersebut hanya dapat dicapai(access) sahaja tanpa boleh di kemaskini(update) kerana pembangun blog tidak boleh mendaftar masuk (login). Semua bahan untuk yang bakal di’post’kan terpaksa di simpan sehingga pembangun blog boleh mendaftar masuk(login) semula blog. Namun setelah menunggu sehingga beberapa bulan dan blog tersebut masih tidak dapat didaftar masuk(login), blog baru telah diwujudkan. Oleh kerana blog asal yang dibina masih boleh dicapai, pembangun blog telah menyediakan capaian(link) ke blog asal pada blog kedua yang dibina.

Semua bahan yang telah disediakan sebelum ini telah dimasukkan ke dalam blog baru dan ‘link’ kepada laman-laman yang berkaitan dengan Pendidikan Khas samaada badan kerajaan dan badan berkanun seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Malaysian Care, KIWANIS, Persatuan Kanak-kanak Autism Malaysia, Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia dan lain-lain. Aktiviti yang telah dijalankan oleh pelajar kursus KPLI-SR Pendidikan Khas (Masalah Pembejalaran) Ambilan Julai 2008 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Malaysia yang berkaitan dengan pendidikan khas juga ada dimasukkan ke dalam blog ini seperti lawatan ke Malaysian Care.

Setiap ‘post’ akan dilabelkan dengan nama ahli yang memuat naik(upload) bahan tersebut. Tarikh bahan tersebut di’post’kan juga ada tercatat beserta sumber bahan tersebut diambil.


SELEPAS

Blog ini telah siap sepenuhnya pada 12 Februari 2009. Namun setiap pelajar masih boleh memuatnaik (upload) bahan yang berkaitan dengan pendidikan khas dari semasa ke semasa. Blog ini akan terus dikemaskini walaupun selepas tamat pengajian pelajar kursus KPLI-SR Pendidikan Khas (Masalah Pembejalaran) Ambilan Julai 2008 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Malaysia.








Penutup

Akhir kata, adalah sangat diharapkan agar dengan adanya Blog Pendidikan Khas yang dibangunkan oleh pelajar kursus KPLI-SR Pendidikan Khas (Masalah Pembejalaran) Ambilan Julai 2008 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Malaysia dapat membantu pelayar-pelayar blog yang ingin mengetahui tetang pendidikan khas dengan lebih mendalam. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang membantu dalam menjayakan projek membangunkan Blog Pendidikan Khas ini.
















Disediakan oleh,

_______________________
(BALKIS BINTI ABU BAKAR)
Pengarah,
Projek Blog Pendidikan Khas

















LAMPIRAN




Blog Pendidikan Khas (http://kplijulai08intake.blogspot.com)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan