PENGENALAN
Gagap adalah masalah pertuturan di mana sebutan (biasanya) huruf pertama atau syllable sesuatu perkataan diulang tanpa kawalan. Contoh, gagap pada perkataan "saya" akan menjadi samaada "s-s-s-s-...s-saya" or "sa-sa-sa-sa-...-sa-saya". Ini biasanya berlaku dengan fenom bermula dengan /p/, /b/ atau konsonent plosive yang lain.
Gagap juga merupakan proses luar sedar yang menganggu komunikasi biasa. Walaupun terdapat teknik bantu diri yang boleh diajar , dan dapat membantu sesetengah orang, mereka yang gagap tidak dapat menghentikan proses tersebut, dan kerisauan atau kegelisahan meningkatkan lagi masaalah tersebut.
Dalam bahasa Inggeris British istilah stammering merujuk kepada tersekat dan terhenti-henti pada sesuatu perkataan atau syllables sementara istilah stuttering merujuk kepada pertuturan berulang seperti digambarkan di atas.Gagap mempunyai variasi iaitu daripada ringan kepada berat.
FAKTOR PENYUMBANG DAN MULA BERLAKU
Gagap bermula sebelum remaja, dan kadang kala ia hilang selepas baligh. Bagaimanapun, sekiranya ia berlanjutan sehingga usia matang, ia biasanya kekal selama-lamanya. Kanak-kanak lelaki tiga kali lebih cenderung untuk menghadapi masaalah ini berbanding kanak-kanak perempuan. Gagap boleh dirawat melalui terapi pertuturan, tetapi keputusannya berbeza-beza. Biasanya, masaalah boleh berkurangan, tetapi tidak terdapat cara objektif untuk mengukur keputusannya Gagap kadang kala bertukar menjadi tersekat, iaitu, walau huruf atau syllable pertama menjadi mustahil untuk disebut, contoh tersekat.
Ini sering mendorong kepada sebutan mengarut menggantikan perkataan tersebut; menyebabkan syllables tiada makna menggantikan perkataan itu; sering kali memaksa cubaan berulang kali bagi menyebut perkataan tersebut; dan dalam kes melampau boleh menyebabkan seseorang gagap berhenti cuba menyebut perkataan tersebut dan menggantikannya dengan perkataan yang lain sama sekali. Penjelasan biasa yang digunakan adalah ketika cuba mengelakkan gagap atau bimbangkan kegagapan ketika menyebut menyebabkan gagal menyebutnya sama sekali. Ini juga merupakan tindakan luar kawal walaupun permulaan gagap kepada tersekat boleh juga separa maksud partly intentional. Terdapat juga kemungkinan komponen genetik kepada gagap, kerana ia boleh diwarisi; walaupun tiada gen khusus dijumpai masa kini.
Pada masa lalu, masalah ini sering dikatakan masalah (psychological), seperti kanak-kanak belajar bertutur dan merasa bimbang akibat gagal mencari perkataan yang khusus. Barangkali pandangan meluas masa kini adalah ia disebabkan oleh masalah penyelarasan neural dalam otak. Penyelidikan terkini menunjukkan gagap berkait dengan ganguan fiber antara kawasan pertuturan dengan kawasan perancang pertuturan kedua-duanya di kiri sereberal hemisphere otak. Gangguan ini boleh disebabkan kerosakan otak awal atau kaitan genetik. Gagap kemungkinannya disebabkan oleh (psychogenic) (berasal dalam pemikiran), walaupun ia jarang berlaku. Ia berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah mental atau dalam keadaan tertekan.
Satu keadaan yang diketahui dengan jelas adalah is menjadi teruk dengan kebimbangan. Kebimbangan melampau juga boleh, walaupun jarang, menyebabkan ia timbul pada mereka yang tidak pernah gagap sebelum ini. Dikatakan, hanya cara untuk mengurangkan gagap adalah mengajar mereka bertenang. Ini dapat membenarkan mereka bertutur tanpa gagap sehingga sesuatu tekanan timbul. Pastinya tidak semua orang boleh diajar bertenang, dan bukan semua orang yang kelihatan bertenang akan menerima kebaikan yang jelas.
Banyak pakar berpendapat bahawa gagap adalah penyakit keturunan, bermaksud para penderita sudah mengalami masalah saraf yang membuat mereka memepunyai kesulitanuntuk bercakap. Pendedahan terhadap penyakit ini disebabkan oleh faktor keturunan. Maka, Ibubapa yang sihat dan normal dalam berbicara, tetapi ada salah seorang daripadanya gagap, anak berkemungkinan untuk mendapat serangan gagap dalam berkata-kata. Ketegangan emosi yang dialami oleh seseorang pada saat dia berada di sebuah lingkungan pergaulan yang masih dirasakan asing membuat serangan gagap makin berkembang.
Beberapa pakar dalam ilmu saraf berpendapat, terdapat gangguan saraf yang menyebabkan gangguan koordinasi dari fungsi motorik untuk bercakap. Gangguan saraf ini biasanya disebabkan oleh luka pada otak hasil daripada kesulitan ketika dilahirkan. Atau banyak anak-anak yang kemudian menjadi gagap setelah menderita akibat jangkitan kuman yang serius. Pada saat tersebut, terjadi proses penurunan kekuatan fungsi saraf secara menyeluruh, dan anak yang membawa predisposisi gagap. Dalam keadaan yang lemah itu, proses perkembangan untuk bercakap menjadi lemah. Gagap juga berkembang apabila anak-anak yang kidal dipaksa untuk menggunakan tangan kanan dalam melakukan aktiviti tertentu, seperti menulis atau makan. Paksaan tersebut akan mempengaruhi konflik emosional dan anak menjadi tertekan. Kesan emosi yang tertekan pada anak tertentu akan tertuju pada gangguan bicara.
Faktor neurologi dan psikologi berperanan penting dalam perkembangan gagap, namun pada umumnya gagap adalah menunjukkan kondisi ketidakmatangan emosi seseorang. Jadi, gagap bukan gangguan dalam organ bertutur, namun kesannya dari pengaruh perkembangan emosi seseorang. Ketidakseimbangan emosi tersebut member kesan pada gangguan berbicara. Sebenarnya sesiapa pun yang berada dalam kondisi tertekan dan tidak seimbang secara emosional sesekali akan diserang gagap. Namun, pada orang gagap, serangan gagapnya terjadi hampir sepanjang waktu, terutama saat awal terlibat dalam interaksi verbal.
Solusi
• Anak-anak penderita gagap sewajarnya dihindarkan dari situasi yang tertekan.
Contohnya, tidak memaksa anak menggunakan tangan kanannya kalau memang anak tersebut kidal.
TANDA-TANDA
Gerakan berulang-ulang pada bahagian tubuh yang tidak mampu dikendalikan seperti gerakan pada muka merupakan tanda-tanda yang dialami oleh pesakit gagap. Penderita gagap yang kronik kebiasaannya mengalami pernafasan yang cepat,wajah bergerak-gerak dan bahkan hampir keseluruhan tubuh bergerak berulang kali. Pergerakan ini sebenarnya merupakan satu hasil usaha kuat untuk bercakap.
Penderita gagap mempunyai masalah untuk bertutur pada situasi tertentu. Misalnya, seseorang penderita gagap dapat bercakap dengan normal dan lancar bila ia sedang bersendirian, berbisik, atau menyanyi, serta bila dia berada dalam lingkungan di mana yang hadir lebih muda daripada dirinya, atau di antara orang-orang yang dianggap lebih rendah posisinya daripada dirinya.
Serangan gagap yang teruk terjadi apabila dia harus bercakap di hadapan orang-orang yang dianggap memiliki kelebihan berbanding dirinya. Frekuensi serangan gagap akan menjadi lebih kerap bila dia merasa malu, rendah diri, atau terlampau menyedari situasi dirinya.
RAWATAN
Bagi penderita gagap yang dewasa, rawatan lebih difokuskan pada proses pengukuhan fungsi keperibadian secara menyeluruh dan pemantapan rasa aman secara emosional. Latihan berbicara dan mengucapkan kata-kata yang diawali huruf s, b, d, t dengan betul untuk mengurangkan pertuturan yang salah. Hal ini juga disertai dengan membiasakan menggunakan pola bicara yang baik.
Rawatan untuk penderita gagap dewasa memerlukan jangka masa yang lama, dan namun sebelum itu, psikoterapi diguna untuk menghilangkan situasi emosional yang menyebabkan ketegangan emosi yang boleh mengganggu kemampuan dalam interaksi verbal. Sebenarnya tujuan utama dalam merawat penderita gagap dewasa adalah memperkuat struktur karena setelah penderita merasa yakin dan percaya diri, masalah gagapnya akan hilang sendiri.
NASIHAT PRAKTIKAL
Mereka yang gagap mungkin menghadapai lebih kesulitan dengan mereka yang tidak dikenali, menyebabkan ianya lebih sukar untuk membuat kawan baru, sebagai contoh. Nota pratikal bagi mereka yang tidak gagap: kebanyakan mereka yang gagap berharap masaalah itu diabaikan dalam situasi normal. Bagaimanapun, sekiranya gagap menyebabkan masaalah kepada pendengar, seseorang tidak perlu takut untuk berbincang mengenainya.
TOKOH YANG GAGAP
Lewis Carroll
Winston Churchill
Gareth Gates
George VI dari United Kingdom
Alvin Lucier (I am sitting in a room)
Marilyn Monroe
Kim Philby
Mel Tillis
Alan Turing
Maharaja Claudius
Vernon Hill
Scatman John
James Earl Jones
WATAK GAGAP REKAAN YANG TERKENAL
Watak animasi Warner Brothers, Porky Pig
Watak animasi South Park, Jimmy
Ken Pile dalam filem A Fish Called Wanda. Ken Pile dimainkan oleh Michael Palin, yang melakukan banyak kerja amal bagi menyokong mereka yang gagap.
Claudius dalam I, Claudius
Profesor Quirrell, watak dalam Harry Potter dengan Batu Hikmat.
Salam lebaran
16 tahun yang lalu
Anak saya berumur 4 tahun lebih. Dia cukup lancar dan petah berkata-kata.
BalasPadamPada 1/7/2011 dia diserang demam panas hingga dimasukkan ke ward. DOktor mengatakan sebab tonsil dan jangkitan kuman.
selepas keluar dari ward, kadang-kadang dia mengalami gagap yang teruk sangat. Tetapi ada pula hari-harinya yang dia tiada sebarang masalah.
Mungkin cikgu ada nasihat, pandangan dan pendapat dalam membantu mengatasi masalah ini.
TQVM
http://nlpmalaysiamudah.blogspot.my/2016/02/menjadi-misteri-ni-che-qiim.html?m=1
Padamhttp://nlpmalaysiamudah.blogspot.my/2016/02/menjadi-misteri-ni-che-qiim.html?m=1
Padam