Isnin, 23 Februari 2009

laporan toy library-sila edit font dan segala yang perlu

Pengenalan
Tujuan laporan ini di buat adalah untuk menyatakan status penubuhan Toy Library dari segi perolehan sumber kewangan untuk penubuhan Toy Library daripada ahli jawatankuasa pelaksana (pelajar-pelajar KPLI ambilan Julai 2008) kepada pihak pengurusan (Pensyarah Penasihat) IPGM kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Sepertimana yang diketahui, sumber pendapatan kewangan ini adalah amat penting bagi membantu para pelajar atau guru pelatih yang mengambil kursus pendidikan khas untuk mengaplikasikan teori dengan reality sebenar dalam pendidikan khas yang perlu pada masa kini. Oleh yang demikian, tujuan utama penubuhan Toy Library ini ialah untuk membantu beberapa pihak dalam mencapai objektif tersendiri.
Semua AJK yang terdiri dari pelajar-pelajar kpli ambilan Julai 2008 telah berusaha sepenuhnya untuk mendapatkan sumbangan dari pihak-pihak yang bermurah hati untuk memberi sumbangan bagi penubuhan perpustakaan ini. Sumbangan yang diperolehi dari syarikat-syarikat swasta, badan berkanun dan individu juga penting dan ianya telah diperolehi dari beberapa orang pelajar ini.
Untuk pengetahuan semua, Toy Library adalah pusat sumber yang menempatkan alat permainan dan bahan pengajaran yang menarik untuk murid-murid yang berkeperluan khas atau bermasalah pembelajaran. di samping itu terdapat juga koleksi buku-buku dan perisian komputer untuk pembelajaran murid berkeperluan khas.
Pusat sumber ini bukan sahaja untuk kegunaan murid tetapi turut memberi peluang kepada ibu bapa dan guru untuk menggunakan atau meminjam peralatan yang diperlukan. Koleksi alat permainan , buku-buku dan perisian komputer ini diperolehi daripada sumbangan pihak tertentu. Bahan-bahan ini sama ada yang baru atau barang terpakai diterima daripada pelbagai pihak. Operasi Toy Library adalah seperti operasi pusat sumber awam di mana ahlinya boleh membuat pinjaman bagi tempoh tertentu. Oleh yang demikian, segala sumbangan yang diperolehi akan digunakan sepenuhnya bagi menjayakan penubuhan perpustakaan ini dan maklumat terperinci dinyatakan dalam muka surat berikutnya.

Kumpulan Sasaran (Pengguna):

Kumpulan sasaran penggunaan Toy Library ini adalah pelatih-pelatih IPGM kampus Bahasa Melayu major pendidikan khas atau mereka yang terlibat dalam penggunaannya seperti kanak-kanak istimewa berikut:
· Autism
· Hiperaktif
· Kerencatan Akal
· Pelajar berkeperluan khas serta individu yang menglami kemurungan, kerisauan dan tekanan
· Masalah konsentrasi
· Selective Mutism
· Masalah Komunikasi
· Masalah tingkah laku

Rasional Menubuhkan Toy Library di IPGM kampus Bahasa Melayu:
Berikut adalah beberapa rasional kenapa Toy Library perlu ditubuhkan di Institut Perguruan Guru Malaysia kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
· Dapat memperkenalkan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas kepada pelajar-pelajar KPLI (SR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pendidikan Pemulihan Khas , PPISMP (Pend.Khas), KSPK (Pemulihan) , program perguruan pra-perkhidmatan serta pensyarah-pensyarah IPGM kampus Bahasa Melayu.
· Pelajar-pelajar IPGM kampus Bahasa Melayu dapat melihat sendiri secara insitu cara bagaimana mengurus serta mengendalikan sebuah bilik Toy Library supaya apabila guru-guru pelatih tamat pengajian mereka dapat memperkenalkan serta mewujudkannya di sekolah.
· Dengan adanya Toy Library di IPGM kampus Bahasa Melayu maka IPGM ini akan menjadi di antara institusi yang unggul di Semenanjung Malaysia.
· IPGM kampus Bahasa Melayu akan menjadi “benchmark” kepada institut-institut perguruan yang lain di Semenanjung Malaysia dalam pembentukan Toy Library.
· Dapat digunakan oleh semua pensyarah di IPGM kampus Bahasa Melayu dalam pengajaran masing-masing.

Faedah Penubuhan Toy Library:

· Menggalakkan berkomunikasi dua hala dengan baik
· Mengalakkan komunikasi antara murid
· Kesan positif pada masalah disiplin
· Dapat digunakan dalam program pengurusan tingkah laku
· Menarik perhatian pelajar hiperaktif dalam aktiviti permainan
· Mengurangkan keresahan dan agitasi pelajar berkeperluan khas.
· Mengawal emosi individu biasa yang mengalami kerisauan serta kemurungan.
· Menyediakan suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
· Menggalakkan sosialisasi antara murid
· Menyediakan tempat rekreasi kepada murid khas dan keluarga

Analisa anggaran sumber kewangan (pendapatan), perbelanjaan dan pendapatan terkini.

Analisa ini diadakan adalah bertujuan untuk melihat status perolehan pendapatan dengan perancangan awal iaitu anggaran sumber pendapatan dan perbelanjaan yang dirancang oleh jawatankuasa perlaksana penubuhan Toy Library di IPGM kampus Bahasa Melayu.
Pada peringkat permulaan iaitu peringkat perancangan penubuhan perpustakaan ini, ahli jawatankuasa penubuhan yang terdiri dari semua pelajar-pelajar KPLI SR – Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) telah bermesyuarat di peringkat pelajar dan telah membuat anggaran tentang perkara yang dinyatakan di atas adalah seperti berikut:
Ø Sumber kewangan (Perolehan pendapatan) adalah sebanyak RM 22,000.00
Ø Sumber kewangan (Perbelanjaan) adalah sebanyak RM 20,860.00
dalam menjayakan penubuhan perpustakaan ini. Anggaran perbelanjaan untuk penubuhan perpustakaan ini dibahagikan seperti berikut iaitu kos untuk pembinaan rak bertingkat, komputer meja, pemasangan penghawa dingin, set permaidani di bilik perpustakaan, TV, VCD, Cat untuk menghias ruang dalaman perpustakaan, alat-alat mainan, buku-buku yang berkaitan dan segala keperluan yang akan diadakan di perpustakaan ini akan diperolehi dengan cara yang dinyatakan.
Jika dikaji dan dilihat status perolehan keawangan terkini sehingga 13 Februari 2009, jumlah perolehan tidak mencapai sasaran, iaitu perolehan sumber kewangan atau sumbangan iaitu sebanyak RM 4,700.00 sahaja. Faktor ini mungkin terjadi kerana kebanyakkan syarikat atau pemberi sumbangan terlalu mengikut prosedur tersendiri dalam mengeluarkan wang syarikat. Kebanyakkan syarikat terikat dengan polisi yang tersendiri dalam menguruskan kewangan masing-masing, perlu diingat disini bahawa bukan perkara yang mudah untuk mendapatkan sumbangan atau mendapatkan sumber iaitu wang dari sesebuah syarikat.
Aktiviti dalam mencari sumbangan bagi penubuhan Toy Library telah dilaksanakan oleh semua pelajar KPLI SR – Pendidikan Khas ambilan Julai 2008 dengan jayanya dan semua pelajar yang terdiri dari ahli jawatankuasa di semua peringkat telah bekerja keras menghantar surat permohonan meminta sumbangan dan berinteraksi selepas memohon bagi mendapatkan status terkini tentang permohonan yang di hantar.
Oleh yang demikian, jika dilihat usaha yang dilakukan oleh semua pelajar adalah secara aktif dan positif dalam menjayakan penubuhan Toy Library di IPGM kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur ini dan ianya adalah sesuatu yang terbaik dilakukan oleh semua ahli jawatankuasa di peringkat pelajar KPLI ambilan Julai 2008.





STATUS PEROLEHAN SUMBER PENDAPATAN TERKINI.
BIL
NAMA/ SYARIKAT PENYUMBANG
JUMLAH (RM)
NO RESIT
CATATAN
1.
Dato’ Ariffin bin Man
100.00
667989
Tunai
2.
Perodua Manufacturing Sdn Bhd
1,000.00
295317
Cek
3.
Jusco (HQ), Kuala Lumpur
2,000.00

cek
4.
Sime Darby Holding Bhd
1,000.00
294800
Cek
5.
Percetakan Bunga Raya Sdn Bhd
500.00

Tunai
6.
Dr. Kamaruddin bin Min (MOSTI)
100.00

Tunai

JUMLAH
(Sehingga 13/2/2009)
4700.00



SUMBAGAN DALAM PROSES
BIL
NAMA/ SYARIKAT PENYUMBANG
JUMLAH (RM)
NO RESIT/TARIKH
CATATAN
1.
NESTLE (MALAYSIA) BHD
-
-
BBM



ANTARA SYARIKAT-SYARIKAT YANG DIPOHON UNTUK MENDAPATKAN SUMBANGAN BAGI PENUBUHAN TOY LIBRARY DI IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR ADALAH SEPERTI BERIKUT;
1. PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SDN BHD (PROTON) – SHAH ALAM, SELANGOR
2. PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SDN BHD (PROTON) – TANJUNG MALIM, PERAK
3. NAZA AUTOMOTIVE MANUFACTURING SDN BHD – GURUN, KEDAH
4. NAZA KIA ACADEMY SDN BHD – GURUN, KEDAH
5. TOYOTA MOTOR - SHAH ALAM, SELANGOR
6. BINA DARUL AMAN BHD - ALOR SETAR, KEDAH
7. UMNO BAHAGIAN JERAI – GUAR CHEMPEDAK, KEDAH
8. JUSCO (IBU PEJABAT) – TAMAN MALURI, KUALA LUMPUR
9. SIME DARBY HOLDING, KUALA LUMPUR
10. PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS) (IBU PEJABAT) – KUALA LUMPUR
11. PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS FITERLIZER) (GURUN) – KEDAH
12. INOKOM – KULIM, KEDAH
13. NESTLE (MALAYSIA) BERHAD, PETALING JAYA, SELANGOR
14. TV3 (MALAYSIA), BANDAR UTAMA, SELANGOR
15. PERCETAKAN BUNGA RAYA SDN BHD - KOTA KINABALU, SABAH
16. KFC HOLDING (MALAYSIA) BERHAD – KUALA LUMPUR
17. MAYBANK (IBU PEJABAT) – KUALA LUMPUR
18. BANK NEGARA MALAYSIA – KUALA LUMPUR
19. CHIN HIN (JITRA) SDN BHD - JITRA, KEDAH
20. MOSTI – PUTRAJAYA, SELANGOR
(DR KAMARUDDIN BIN MIN)
21. ADUN BAHAGIAN POKOK SENA (2008) – POKOK SENA, KEDAH
(DATO’ ARIFFIN BIN MAN)
*Senarai permohonan untuk mendapatkan sumbangan/tajaan yang disenaraikan di atas adalah yang terkini yang dilaporkan kepada AJK perlaksana penubuhan Toy Library sahaja.















Kesimpulan
Perancangan penubuhan Toy Library di IPGM kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur adalah sesuatu yang penting dalam membantu semua pihak mendapat maklumat dan faedah dari penubuhannya. Oleh yang demikian, semua pihak perlu member kerjasama dan sumbangan dalam bentuk yang termampu dan segala usaha yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar KPLI SR- Pendidikan Khas ambilan Julai 2008 adalah sesuatu yang bermakna walaupun tidak sempat melihat penubuhan perpustakaan ini pada masa ini. Namun yang demikian perasaan bangga tetap ada kerana sedikit sebanyak telah membantu dalam menjayakan penubuhan perpustakaan yang dinamakan TOY LIBRARY.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan