Rabu, 18 Mac 2009

Raptai Sukan






RAPTAI PENUH SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS

SEK. KEB. SERDANG, SELANGOR


Disediakan oleh NORAZLINA BINTI JOHARI dan NURRULHUDA BINTI IBRAHIM, Sek. Keb. Serdang, Selangor.

TARIKH : 11, 12 & 13 March 2009
AKTIVITI : Raptai Sukaneka Sekolah Kategori Murid Khas
TEMPAT : Padang SK Serdang.


LAPORAN AKTIVITI :

Sukaneka sekolah bagi kategori murid khas telah dikendalikan oleh Guru Penyelaras Ko-Kurikulum Pendidikan Khas, Encik Muzainuha dan dibantu oleh 5 orang guru termasuk 2 orang guru pelatih dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid. Sukan murid akan dibahagikan kepada 2 tahap, iaitu Tahap 1 (Tahap Rendah) dan Tahap 2 (Tahap Tinggi). Bagi murid tahap 1, permainan yang akan dipertandingkan dalam temasya sukan sekolah nanti adalah TEROWONG SMART KIDS, sementara permainan untuk tahap 2 adalah TITIAN MENCARI MATA AIR. Berikut adalah cara permainan dan syarat-syarat bagi kedua-dua permainan yang akan dipertandingkan.


Sukan Tahap 1 : TEROWONG SMART KIDS


TAHAP 1 : Cara permainan

1. MURID DIBAHAGIKAN KEPADA DUA KUMPULAN.

2. MURID MENGAMBIL BOLA YANG DISEDIAKAN DI DALAM GELUNG

3. KEMUDIAN, MURID BERLARI MEMASUKI GELUNG PERTAMA HINGGA KE-4

4. SETELAH ITU, MURID MEMASUKKAN BOLA KE DALAM BAKUL.

5. MURID BERLARI LAJU KE KUMPULAN PADA LORONG YANG DIKHASKAN

6. KUMPULAN YANG BERLARI SEHINGGA PEMAIN KELIMA DIKIRA SEBAGAI PEMENANG





Sukan Tahap 2 : TITIAN MENCARI MATA AIR



TAHAP 2 : Cara permainan

1. MURID BERLARI MENITI TITI

2. KEMUDIAN MURID MASUK KE DALAM 2 GELUNG PLASTIK

3. SELEPAS ITU, MURID SAMPAI KE BALDI DAN MENGAMBIL SPAN YANG DIBASAHKAN DENGAN AIR

4. MURID BERLARI KE ARAH BOTOL DAN MEMERAH SPAN SUPAYA AIR MASUK KE DALAM BOTOL

5. BOTOL KUMPULAN YANG PALING BANYAK AIR DIKIRA SEBAGAI PEMENANG



BERSAMA MENUJU

KEARAH KECEMERLANGAN



1 ulasan:

  1. salam...boleh tak tuan/puan dapatkan senarai sekolah2 rendah di kuala lumpur dan selangor yang mempunyai kelas khas(ppkp)...saya ingin mencari rumah untuk dibeli tetapi kalau boleh ingin dapatkan di kawasan yang punyai sekolah yg ada ppkp...please...tolonglah...untuk makluman saya adalah bapa kepada dua orang kanak2 yg memegang kad oku masalah pembelajaran...azrin...jika ada tolong email saya di azahmal@rocketmail.com atau azahmal@gmail.com

    BalasPadam