Pada 12 Mac 2009, PPKI SK Sg Buloh telah membawa keluar seramai 48
Antara Objektif lawatan ini adalah bagi membolehkan murid-murid khas menjalani pembelajaran diluar suasana sekolah, Mendedahkan murid-murid kepada habitat semulajadi hidupan akuatik yang merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Sosial Alam Sekitar dan juga sebagai sebahagian daripada terapi kepada kanak-kanak ini.
Seawal jam 8.30pagi kami telah bertolak dengan dua buah bas. Selain setiap guru diberikan tanggungjawab menjaga sekurang-kurangnya seorang anak murid (Bapa/Ibu angkat) pada setiap masa, setiap guru juga berperanan sebagai AJK kepada program ini. Setibanya di perkarangan Taman KLCC, semua murid dan guru diberikan makanan dan minuman dan makan bersama-sama. Setelah kanak-kanak diberi peluang bermain di Taman KLCC, kami memasuki perkarangan Aquaria. Lebih kurang 2 jam masa dihabiskan didalam Aquaria bagi memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melihat dan mengenali jenis-jenis hidupan akuatik. Pelbagai gelagat dan ragam dapat diperhatikan apabila kanak-kanak ini berpeluang melihat sendiri suasana didalam dewan lawatan terutamanya apabila memasuki Terowong Dasar Laut.
Lawatan berakhir pada jam 1.20tgh dan kami tiba di perkarangan sekolah pada jam 2.00petang. Semua murid-murid seronok sepanjang lawatan ini dan tiada sebarang kemalangan atau perkara yang tidak diingini berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan