Memaparkan catatan dengan label nurrulhuda ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nurrulhuda ibrahim. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Februari 2009

minit mesyuarat Blog

MINIT MESYUARAT BLOG KPLI-SR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) AMBILAN JULAI 2008
KALI PERTAMA
TARIKH : 4 / 8/ 2008
HARI : ISNIN
MASA : 2.00 ptg – 3.00 ptg
TEMPAT : KELAS KPLI-SR JULAI 2008
KEHADIRAN : 18/18


AGENDA MESYUARAT
Agenda 1: Ucapan alu-aluan ketua kelas
1.1 Mesyuarat di pengerusikan oleh ketua kelas Mohd Hafiz bin Mohd Noor.
1.2 Pengerusi memberi ucapan ringkas dan memberi pengenalan tentang agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat.
Tindakan: Semua Ahli

Agenda 2: Pengesahan minit mesyuarat kali pertama
Minit mesyuarat telah dicadangkan pengesahan oleh En. Zairi Azreel bin Zainun dan disokong oleh Pn. Umi Nadiya binti Mohammad Nasir.
Tindakan: Semua Ahli

Agenda 3: Perlantikan AJK
3.1 Perlantikan AJK merupakan agenda utama dalam mesyuarat ini.
3.2 AJK telah dipilih sebulat suara oleh semua ahli.
3.3 Senarai AJK adalah seperti di bawah:

Pengarah : Pn. Balkis Bt Abu Bakar
Timbalan Pengarah : En. Norhafez B Ibrahim
Setiausaha : Cik Nurrulhuda Bt Ibrahim
Bendahari : Cik Roslinda Bt Razali
Ajk Bahan : En. Mohd Sharizal B Shahimi
En. Anuwi B Mamat
Foto : En. Mohd Hafiz B Mohd Noor
En. Zairi Azreel B Zainun
Pn. Rafidah Bt Marsad
Dokumentasi : Pn. Khairiatun Bt Md Zin
En. Ahmad B Ibrahim
Tindakan: Semua Ahli

Agenda 4 : Ucapan pengarah Blog KPLI-SR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Ambilan
Julai 2008.
4.1 Ucapan alu-aluan oleh Pengarah iaitu Pn. Balkis bt Abu Bakar.
4.2 Pengarah mengingatkan kepada semua supaya menjalankan tugas masing-masing dengan
penuh bertanggungjawab dan saling bekerjasama untuk menjayakan blog ini.
Tindakan: Semua Ahli

Ucapan Penagguhan:
Pengarah mengingatkan bahawa semua ahli perlu bekerjasama dan saling bantu-membantu dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Mesyuarat ditangguh pada pukul 3.00 petang.


Disediakan oleh: Disemak oleh:


………………………………………………… ……………………………………………..
(CIK NURRULHUDA BT IBRAHIM) (PN. BALKIS BT ABU BAKAR)
Setiausaha Blog KPLI-SR Pend. Khas Pengarah Blog KPLI-SR Pend. Khas
(Masalah Pembelajaran) Ambilan Julai 2008 (Masalah Pembelajaran) Ambilan Julai 2008
















MINIT MESYUARAT BLOG KPLI-SR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) AMBILAN JULAI 2008
KALI KEDUA
TARIKH : 6 / 8/ 2008
HARI : RABU
MASA : 2.00 ptg – 3.00 ptg
TEMPAT : KELAS KPLI-SR JULAI 2008
KEHADIRAN : 18/18

AGENDA MESYUARAT
Agenda 1: Ucapan alu-aluan Pengarah
1.3 Mesyuarat di pengerusikan oleh pengarah blog iaitu Pn. Balkis bt. Abu Bakar.
1.4 Pengerusi memberi ucapan ringkas dan memberi pengenalan tentang agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat.
Tindakan: Semua Ahli

Agenda 2: Pengesahan minit mesyuarat kali kedua
Minit mesyuarat telah dicadangkan pengesahan oleh En. Mohd Salmi b. Mat Yaakob dan disokong oleh En. Ahmad b. Ibrahim.
Tindakan: Semua Ahli
Agenda 3: Pembinaan Blog
3.1 Perbincangan mengenai pembinaan blog merupakan agenda utama dalam mesyuarat ini.
3.2 En. Norhafez telah memberitahu bahawa pembinaan blog masih dalam proses mencari
bahan dan maklumat yang perlu ada untuk di masukkan dalam blog.
3.3 En. Norhafez juga mengingatkan supaya AJK bahan dan semua ahli KPLI-SR Pendidikan Khas
mencari bahan yang sesuai untuk di masukkan dalam blog.
3.3 Blog telah di daftarkan tetapi masih sukar untuk pelajar KPLI-SR Ambilan Julai untuk
memasuki blog tersebut, En. Norhafez akan mencuba cara lain supaya semua pelajar dapat
memasuki blog dan menambah apa yang perlu.
Tindakan: Semua Ahli

Ucapan Penagguhan:
Pengerusi mengingatkan bahawa walaupun terdapat perkara yang tidak dipersetujui oleh segelintir ahli, tetapi bagi mencapai satu matlamat setiap ahli perlu bersatu seperti kata pepatah, biar tidak bersetuju tetapi kita tetap bersatu.


Mesyuarat ditangguh pada pukul 3.00 petang.


Disediakan oleh: Disemak oleh:


………………………………………………… ……………………………………………..
(CIK NURRULHUDA BT IBRAHIM) (PN. BALKIS BT ABU BAKAR)
Setiausaha Blog KPLI-SR Pend. Khas Pengarah Blog KPLI-SR Pend. Khas
(Masalah Pembelajaran) Ambilan Julai 2008 (Masalah Pembelajaran) Ambilan Julai 2008




























MINIT MESYUARAT BLOG KPLI-SR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) AMBILAN JULAI 2008
KALI KETIGA
TARIKH : 14/2/2009
HARI : SABTU
MASA : 2.30 ptg – 4.30 ptg
TEMPAT : KELAS KPLI-SR JULAI 2008
KEHADIRAN : 13/18
TIDAK HADIR : EN. MOHD SHARIZAL B. SHAHIMI
PN. KHAIRIATUN BT. MD ZIN
CIK NURUL AFIZA BT. YUSOF
PN. NURULHUDA BT. ABDUL HALIM
CIK ROSLINDA BT. RAZALI


AGENDA MESYUARAT
Agenda 1: Ucapan alu-aluan Pengarah
1.5 Mesyuarat di pengerusikan oleh pengarah blog iaitu Pn. Balkis bt. Abu Bakar.
1.6 Pengerusi memberi ucapan ringkas dan memberi pengenalan tentang agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat.
Tindakan: Semua Ahli

Agenda 2: Pengesahan minit mesyuarat kali ketiga
Minit mesyuarat telah dicadangkan pengesahan oleh Pn. Rafidah bt. Marsad dan disokong oleh En. Mohd Hafiz b. Mohd Noor.
Tindakan: Semua Ahli
Agenda 3: Hal Berbangkit
3.1 Perbincangan mengenai pengisian blog merupakan agenda utama dalam mesyuarat ini.
3.2 Pengerusi telah mengingatkan kepada semua bahawa setiap ahli perlu memasukkan
sekurang-kurangnya satu maklumat mengenai pendidikan khas di dalam blog supaya setiap
ahli tidak akan kehilangan markah untuk pengisian blog kerana Cik Siti Salamah telah
mengedarkan surat amaran supaya menyiapkan blog dengan maklumat yang terkini.
3.3 Pengerusi telah memberitahu bagaimana cara untuk memasuki blog dan cara untuk
memasukkan maklumat.
Tindakan: Semua Ahli



Agenda 4 : Ucapan dari ketua kelas
4.1 Ketua kelas telah menjelaskan perkara yang perlu semua lakukan iaitu mengemaskini blog
dan membuat kerja masing-masing dengan penuh dedikasi kerana markah yang akan
diberikan bukan sahaja secara individu tetapi juga secara berkumpulan, bagaimana untuk
membuat kerja bersama-sama.
4.2 Ketua kelas berharap semua ahli memahami situasi yang telah berlaku.
Tindakan: Semua Ahli

Ucapan Penagguhan:
Pengerusi sekali lagi mengingatkan bahawa semua ahli perlu bekerja bersama-sama dan jangan mementingkan diri sendiri kerana perkara tersebut hanya merugikan semua.

Mesyuarat ditangguh pada pukul 4.30 petang.







Disediakan oleh: Disemak oleh:


………………………………………………… ……………………………………………..
(CIK NURRULHUDA BT IBRAHIM) (PN. BALKIS BT ABU BAKAR)
Setiausaha Blog KPLI-SR Pend. Khas Pengarah Blog KPLI-SR Pend. Khas
(Masalah Pembelajaran) Ambilan Julai 2008 (Masalah Pembelajaran) Ambilan Julai 2008

Jumaat, 20 Februari 2009

Ciri-ciri Kanak-kanak Lembam

DEFINISI:

Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.

Ciri - ciri:

- Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.
- Pendiam / tidak aktif / tidak banyak cakap.
- Sukar menerima arahan.
- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.
- Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.
- Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.
- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.
- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun
- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah
- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.
- Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.
- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.
- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

Punca:

-Baka
- Tersekat pengalaman
- Intelek yang rendah
- Masalah emosi
- Kekecewaan
- Rasa rendah diri
- Kemantangan yang lambat
- Lemah daya ingatan
- Mudah terganggu tumpuan
- Kurang rangsangan
- Faktor-faktor kesihatan
- Persekitaran
- Amalan makanan
- Kesan semasa mengandung
- Penyakit semasa pembesaran selepas lahir
- Ubat semasa mengandung
- Kemalangan
- Sosio - ekonomi.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:

- Temubual
- Merujuk kepada pegawai / pakar perubatan
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai& menyeronokkan
- Senang ke susah
- Konkrit ke abstrak
- Melibatkan seberapa banyak pancaindera
- Banyakan pengukuhan dan latihtubi
- Jauhkan dendaan yang negatif

ATTENTION DEFICIT DISORDER ( ADD )

Simptom yang dapat di lihat bagi sindrom ini ialah kurang penumpuan, terlalu agresif dan mudah terpengaruh. Ini adalah simptom-simptom yang ketara yang dapat di kenal pasti di kalangan kanak-kanak. Kebiasaannya mereka kurang memberi tumpuan kepada perkara penting contohnya di bilik darjah dan lebih suka melihat di luar kelas semasa guru mengajar. Ini merujuk kepada daya perhatian yang singkat, bersikap kurang serius dan kurang daya untuk membuat keputusan dan pilihan. Ada juga kanak-kanak yang menghidap sindrom ini tidak mahu berkomunikasi dan lebih suka membisu apabila di tanya dan ada pula sebaliknya yang mempunyai karektor atau watak di mana besikap agresif bagi lelaki dan berlembut dengan perempuan. Biasanya sikap ini akan di salah tafsir sebagai budak nakal.
Antara kesan yang ketara yang dapat di lihat bagi kanak-kanak ADD ini ialah :
- Kegagalan dalam memberikan tumpuan terhadap kerja sekolah atau sesuatu perkara yang di buat. (kadang kala cuai)
- Kegagalan dalam meneruskan kerja. (Gagal membuat kerja sekolah)
- Kegagalan menjadi pendengar yang baik, sehinggakan gagal menerima arahan yang di berikan. Oleh sebab itu kanak-kanak ini akan mengalami kesukaran dalam pembelajaran.
- Mereka lebih suka mengelak, benci dan tidak suka memberi komitmen kepada kerja-kerja yang memerlukan daya pemikiran.
- Kerap terlupa dan kehilangan barang yang melibatkan rutin harian seperti kehilangan buku sekolah kerana terlupa di mana di tinggalkan.
- Selalu gelisah, tidak dapat duduk diam, lebih suka membuat aktiviti yang lasak dan merbahaya seperti memanjat almari, dinding dan sebagainya.
- Suka menjerit, marah dan lebih suka menguasai keadaan persekitaran.
- Ada di antara melakukan jenayah kecil seperti mencuri dan memaksa orang sekirannya kemahuan tidak di turuti.
- Tidak suka di paksa atau menuruti perintah.
Antara langkah yang perlu di ambil untuk mengatasi masalah ini antaranya cuma mengasingkan pelajar lelaki yang bertindak agresif di dalam kumpulan pelajar perempuan. Ini kerana sikap mudah terpengaruh dapat mengurangkan tindakan agresif mereka. Ibu bapa juga perlu mengawal pemakanan mereka, kerana ada pendapat umum menyatakan bahawa makanan ringan boleh menyebabkan masalah ini terjadi dan telah terbukti melalui kajian sains.
Antara langkah lain yang perlu di ambil ialah :
- Jangan biarkan mereka bersendirian bergaul dengan kanak-kanak yang berusia lebih muda dari mereka.
- Jauhkan senjata atau alatan yang berbahaya dari mereka.
- Mereka perlu di beri lebih perhatian dan di ajar perkara yang perlu dan tidak seawal usia bagi memudahkan mereka membezakan perkara yang perlu dan tidak.
- Perlu menegur dengan cara yang betul dan tidak terus menghukum sekiranya mereka melakukan kesalahan.
- Jangan menyindir atau merendah-rendahkan mereka di hadapan orang lain.
- Penjagaan bahasa semasa bercakap di hadapan mereka adalah penting kerana mereka mudah meniru apa yang kita lakukan.
Menurut sains ini terjadi semenjak di dalam kandungan. Pengambilan ubat-ubatan secara tidak teratur dan keterlaluan semasa hamil boleh memberi kesan kepada kanak-kanak. Kajian yang di lakukan menunjukkan tahap glukosa asli bagi kanak-kanak ini adalah rendah berbanding dengan kanak-kanak normal. Ini bermakna glukosa asli adalah penting dalam pertumbuhan kanak-kanak.

THE TOLE NEURO AKUPUNKTUR DAN HERBA

Rawatan akupunktur dan herba adalah salah satu alternatif bagi rawatan kanak-kanak yang mengalami masalah ADHD. Rawatan akupunktur ini mengambil masa selama satu jam bagi kanak-kanak pada satu sesi rawatan. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah ADHD, ADD, Hyper-active atau sebarang masalah lain seperti lambat bercakap, sukar menerima pembelajaran dan lain-lain, rawatan yang di berikan oleh Master Leong di sini telah banyak membantu kanak-kanak yang bermasalah kembali kepada kehidupan kanak-kanak normal. Di samping rawatan akupunktur, mereka juga di berikan ubat herba yang berbentuk serbuk halus.
Tempoh atau jangka masa rawatan yang perlu di ambil adalah bergantung kepada setiap individu itu. Namun apa yang dapat di lihat pada setiap kali sesi akupunktur ialah perubahan pada mereka. Dengan rawatan Neuro Akupunktur The Tole kami telah berjaya membantu kanak-kanak menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.