Rabu, 18 Mac 2009

Tenaga Dekorasi Di sebalik Tabir Pertandingan Pidato, SK Serdang.

TENAGA DEKORASI DI SEBALIK TABIR

PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT ZON, 2009


Disediakan oleh Norazlina Johari dan Nurrulhuda Ibrahim
Sek. Keb Serdang


TARIKH : 10 March 2009
TEMPAT : Perpustakaan Sek. Keb Serdang, Selangor.



LAPORAN AKTIVITI :

Seramai 13 orang guru Pendidikan Khas bersama-sama 2 orang guru pelatih telah diamanahkan untuk menyiapkan dekorasi dalaman bilik perpustakaan sempena menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Pidato Peringkat Zon, MPSJ 3, 2009. Aktiviti ini bermula seawal 2 minggu sebelum pertandingan bermula iaitu pada 2 March 2009. Berikut dilampirkan gambar aktiviti yang dijalankan bersama-sama sepanjang minggu tersebut.

PERPUSTAKAAN YANG DIBERI WAJAH BARU.....






Raptai Sukan






RAPTAI PENUH SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS

SEK. KEB. SERDANG, SELANGOR


Disediakan oleh NORAZLINA BINTI JOHARI dan NURRULHUDA BINTI IBRAHIM, Sek. Keb. Serdang, Selangor.

TARIKH : 11, 12 & 13 March 2009
AKTIVITI : Raptai Sukaneka Sekolah Kategori Murid Khas
TEMPAT : Padang SK Serdang.


LAPORAN AKTIVITI :

Sukaneka sekolah bagi kategori murid khas telah dikendalikan oleh Guru Penyelaras Ko-Kurikulum Pendidikan Khas, Encik Muzainuha dan dibantu oleh 5 orang guru termasuk 2 orang guru pelatih dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid. Sukan murid akan dibahagikan kepada 2 tahap, iaitu Tahap 1 (Tahap Rendah) dan Tahap 2 (Tahap Tinggi). Bagi murid tahap 1, permainan yang akan dipertandingkan dalam temasya sukan sekolah nanti adalah TEROWONG SMART KIDS, sementara permainan untuk tahap 2 adalah TITIAN MENCARI MATA AIR. Berikut adalah cara permainan dan syarat-syarat bagi kedua-dua permainan yang akan dipertandingkan.


Sukan Tahap 1 : TEROWONG SMART KIDS


TAHAP 1 : Cara permainan

1. MURID DIBAHAGIKAN KEPADA DUA KUMPULAN.

2. MURID MENGAMBIL BOLA YANG DISEDIAKAN DI DALAM GELUNG

3. KEMUDIAN, MURID BERLARI MEMASUKI GELUNG PERTAMA HINGGA KE-4

4. SETELAH ITU, MURID MEMASUKKAN BOLA KE DALAM BAKUL.

5. MURID BERLARI LAJU KE KUMPULAN PADA LORONG YANG DIKHASKAN

6. KUMPULAN YANG BERLARI SEHINGGA PEMAIN KELIMA DIKIRA SEBAGAI PEMENANG





Sukan Tahap 2 : TITIAN MENCARI MATA AIR



TAHAP 2 : Cara permainan

1. MURID BERLARI MENITI TITI

2. KEMUDIAN MURID MASUK KE DALAM 2 GELUNG PLASTIK

3. SELEPAS ITU, MURID SAMPAI KE BALDI DAN MENGAMBIL SPAN YANG DIBASAHKAN DENGAN AIR

4. MURID BERLARI KE ARAH BOTOL DAN MEMERAH SPAN SUPAYA AIR MASUK KE DALAM BOTOL

5. BOTOL KUMPULAN YANG PALING BANYAK AIR DIKIRA SEBAGAI PEMENANG



BERSAMA MENUJU

KEARAH KECEMERLANGAN